Summary: | Istilah runding-cara di kalangan masyarakat Islam di Malaysia mula diperkenalkan dengan perlaksanaan undang-undang keluarga Islam di awal tahun 80an. Runding-cara perkahwinan di Pejabat Agama Islām Negeri (PAIN) adalah suatu perkara yang telah lama dijalankan. Namun sehingga kini, masih tidak terdapat garis panduan yang seragam di setiap PAIN masing-masing. Para perunding, masing-masing mempunyai interpretasi tersendiri tentang garis panduan yang perlu diamalkan. Oleh itu, kajian ini telah mendatangkan beberapa cadangan garis panduan yang perlu diamalkan dalam proses runding-cara perkahwinan bagi memastikan runding-cara tersebut mencapai objektif yang dikehendaki.
|