Kajian Keberkesanan Permainan Puzzle dan Latihan Biofeedbackdalam Meningkatkan Prestasi Pelajar Sekolah Rendah

Pelbagai teknik telah digunakan untuk meningkatkan prestasi pelajar yang lemah dalam pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mendalami bagaimana teknik latihan permainan Puzzle dan latihan Biofeedback boleh digunakan untuk membantu pelajar bagi meningkatkan prestasi skor koheren dan juga prestasi a...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, Omar, Muhammad Nubli, Abdul Wahab
Format: Article
Language:English
Published: USIM PRESS 2022
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/37714/1/Kajian%20Keberkesanan%20Permainan%20Puzzle%20dan%20Latihan%20Biofeedbackdalam%20Meningkatkan%20Prestasi%20Pelajar%20Sekolah%20Rendah.pdf
Description
Summary:Pelbagai teknik telah digunakan untuk meningkatkan prestasi pelajar yang lemah dalam pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mendalami bagaimana teknik latihan permainan Puzzle dan latihan Biofeedback boleh digunakan untuk membantu pelajar bagi meningkatkan prestasi skor koheren dan juga prestasi akademik. Kajian lalu membuktikan bahawa latihan permainan puzzle boleh membantu individu meningkatkan daya konsentrasi dan juga teknik latihan Biofeedback juga membantu individu untuk meningkatkan prestasi kognitif dan konsentrasi mereka. Sampel kajian ini terdiri daripada 40 orang pelajar yang berpencapaian rendah dari sekolah rendah di daerah Jerantut, Pahang. Mereka dipilih secara rawak dan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu Kumpulan Latihan (n=20) dan Kumpulan Kawalan (n=20). Pelajar menjalani 2 sesi latihan permainan puzzle dan latihan Biofeedback sepanjang 3 minit setiap sesi. Data perubahan diri yang dikumpul melibatkan analisis skor spektrum kuasa VLF, LF, dan HF. Analisis data min skor spektrum HRV dan ujian pra/pos digunakan untuk melihat peningkatan skor HRV dan peningkatan akademik pelajar. Dapatan menunjukkan terdapat peningkatan dalam skor HRV pelajar dan prestasi akademik bagi pelajar yang mengikuti latihan permainan Puzzle dan latihan Biofeedback berbanding pelajar yang tidak mengikut latihan. Kajian ini menyimpulkan bahawa teknik latihan permainan Puzzle dan latihan Biofeedback boleh dijadikan pendekatan berkesan untuk membantu pelajar lemah dalam meningkatkan skor koheren seterusnya membantu mereka meningkatkan pencapaian akademik.