Summary: | Pembesar suara adalah peringkat yang terakhir di dalam satu rantaian audio dan walau bagaimana baik atau tinggi kualiti bunyi bagi sistem tersebut, hasilnya ialah apa yang dapat kita dengar keluar dari pembesar suara ini. Kebanyakan pengguna-pengguna audio, kadang-kadang tidak begitu kisah untuk mengetahui tentang faktor-faktor yang membuatkan atau menjadi kunci kepada mutu bunyi yang dikeluarkan oleh pembesar suara. Kombinasi antara komponen pemacu, rekabentuk kabinet dan pemasangan pendawaian serta susunatur kedudukan pembesar suara akan dapat memberikan hasil yang memuaskan. Pembesar suara talian penghantaran atau dipanggil juga labirin bertujuan untuk memberikan satu pilihan rekabentuk pembesar suara yang boleh dibina dengan harga yang murah, rekabentuk yang cantik, bunyi bass yang asli, panjang dan tidak ditekan. Penggunaan bahan-bahan tambahan seperti adunan konkrit, jubin seramik, laluan bagi frekuensi yang panjang akan dapat mencapai matlamat ini dan menjadikan rekabentuk ini mempunyai kelainan dari rekabentuk yang ada di dalam pasaran.
|