Summary: | Kepintaran Buatan (AI) semakin memainkan peranan penting dalam pelbagai aspek kehidupan. Bidang Pendidikan juga tidak terkecuali dengan fenomena AI yang semakin meledak akhir-akhir ini. Alatan AI seperti penjana teks automatik, pemeriksa tatabahasa, dan pembantu tugasan memudahkan pelajar dalam menghasilkan tugasan akademik dengan lebih cepat dan tepat. Walaupun alatan ini menawarkan kemudahan dan maklumat yang tepat, ia juga menimbulkan cabaran besar kepada para pendidik dalam mengesan dan menilai tahap sebenar pemahaman serta keaslian hasil kerja pelajar. Penggunaan berlebihan atau salah guna alatan AI, khususnya dalam konteks salinan-tampal, boleh menjejaskan objektif penilaian akademik dan menimbulkan isu etika dalam pendidikan.
|