Analisis faktor demografi terhadap kesediaan e-pembelajaran di sekolah menengah agama kerajaan negeri Pahang

Kajian ini meneliti kesediaan pelajar di Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (SMAN) terhadap e-pembelajaran, dengan fokus utama pada sikap terhadap penggunaan peranti digital, literasi digital, kualiti fasiliti teknologi dan akses teknologi. Kajian menggunakan soal selidik dalam talian dengan skala...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Artika Rasul, Sulaiman, Hasmadi, Hassan, Jamal Rizal, Razali
Format: Conference or Workshop Item
Language:Malay
English
Published: Penerbit USIM 2024
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/42843/1/e-Proceedings%20ISTET%202024.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/42843/2/Analisis%20faktor%20demografi%20terhadap%20kesediaan%20e-pembelajaran%20di%20sekolah%20menengah%20agama%20kerajaan%20negeri%20Pahang.pdf
Description
Summary:Kajian ini meneliti kesediaan pelajar di Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (SMAN) terhadap e-pembelajaran, dengan fokus utama pada sikap terhadap penggunaan peranti digital, literasi digital, kualiti fasiliti teknologi dan akses teknologi. Kajian menggunakan soal selidik dalam talian dengan skala Likert lima mata untuk mengumpul data daripada 450 pelajar secara rawak dari populasi 6,851. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 25.0, termasuk faktor-faktor demografi seperti jantina, usia, pendapatan keluarga, pekerjaan ibu bapa, bilangan adik-beradik,lokasi kediaman, jarak ke sekolah, serta nama dan lokasi sekolah. Hasil kajian menunjukkan literasi digital pelajar adalah rendah (skor min 2.13) dan sikap terhadap peranti digital juga rendah (skor min 1.876). Penilaian terhadap fasiliti teknologi dan akses teknologi adalah sederhana,dengan skor min masing-masing 2.508 dan 2.530. Faktor-faktor seperti usia, jantina, nama sekolah, dan pendapatan keluarga turut mempengaruhi sikap dan literasi digital pelajar. Kajian mencadangkan strategi proaktif seperti pendidikan tambahan dan sokongan teknologi untuk meningkatkan kesediaan pelajar terhadap e-pembelajaran dan memperkasakan pendidikan yang lebih inklusif.