Etika Malaysia Madani: Sistem Politik dan Perundangan
ETIKA MALAYSIA MADANI Sistem Politik dan Perundangan menghuraikan legitimasi doktrin negara dan pemakaiannya sebagai etika tadbir urus yang baik dalam sistem politik dan perundangan dengan tujuan untuk mengukuhkan amalan Malaysia MADANI. Malaysia MADANI yang digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Perda...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Book |
Language: | English English |
Published: |
Dewan Bahasa dan Pustaka
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/43572/2/ETIKA%20MALAYSIA%20MADANI%20Pub%20details.pdf http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/43572/1/DBP%202024%20%28LATEST%29%20manuskrip%20ETIKA%20MALAYSIA%20MADANI%20Sistem%20Politik%20%5E0%20Perundangan%20%28Mac%202024%29.pdf |
Summary: | ETIKA MALAYSIA MADANI Sistem Politik dan Perundangan menghuraikan legitimasi doktrin negara dan pemakaiannya sebagai etika tadbir urus yang baik dalam sistem politik dan perundangan dengan tujuan untuk mengukuhkan amalan Malaysia MADANI. Malaysia MADANI yang digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim diperkenalkan dalam bab 1 tanpa kupasan kerana buku beliau berjudul Membangun Negara MADANI Visi dan Kerangka Dasar Reformasi sudah cukup menjelaskan objektif, prinsip dan setiap pendekatannya.
M.A.D.A.N.I – Mampu, sejahterA, berDaya cipta, saling menghormAti, punyai keyakiNan, dan bersifat Ihsan berasaskan teladan yang ditunjukkan dalam pemerintahan Nabi Muhammad SAW menggariskan nilai sejagat yang jelas bagaimana ia perlu disulami dalam amalan bernegara dan pembinaan negara bangsa Malaysia. Kesejahteraan dan Hormat merupakan dua nilai Malaysia Madani yang ditonjolkan di sini kerana buku ini turut memfokuskan impikasi sistem politik dan perundangan dalam menguruskan kepelbagaian isu yang mencabar kerukunan hidup rakyat Malaysia. Menurut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke-10:
“Kalimah sejahtera sering membawa makna keseimbangan, atau lebih tepat lagi kehidupan dan segala sisinya yang terangkum dalam keseimbangan. Kesejahteraan juga ada hubungan yang bersejarah dengan kalimah bahasa Arab ‘al-Falah’, yang bermaksud kejayaan dan kebahagian yang dirasai hasil daripada pengalaman kerohanian membersihkan jiwa dalam mentaati perintah Allah Azza Wajalla.” (Anwar Ibrahim, 2023: 61).
“Namun secara asasnya kalimah hormat mengandungi konotasi maruah manusia. Suatu kalimah lain yakni adab, yang berasal daripada bahasa Arab, mengandungi yang sama konotasi seperti budi bahasa, kesopanan dan ketawadukan dan dilihat bukan semata sebagai asas kepada tingkah lakutetapi juga sebagai asas kepada sebuah peradaban.” (Anwar Ibrahim, 2023: 93).
Selari dengan objektif penulisan buku ini, pengenalan Malaysia Madani, konsep negara bangsa, jati diri bangsa Malaysia, raja berperlembagaan, kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan menghiasi turutan bab sekaligus dikupas dari sudut jurisprudens watan. Kesemua sudut tersebut penting kerana ia menjelaskan etika mengikut konteks tempatan dalam pelaksanaan polisi Malaysia Madani. |
---|