Faktor pengaruh taraf kehidupan asnaf di bawah program prihatin asnaf Masjid Lama Permatang Badak, Kuantan

Pasca covid telah menyaksikan perubahan terhadap taraf kehidupan masyarakat disebabkan kesan COVID 19 yang melanda Malaysia selama lebih kurang dua tahun. Pengkaji terpanggil untuk membuat satu kajian terhadap faktor yang mempengaruhi taraf kehidupan asnaf di bawah program prihatin asnaf Masjid Lama...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Hilmi, Mat Said, Noryanti, Muhammad, Norsuhaila, Musa
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Malaysia Pahang 2024
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/43931/1/Faktor%20pengaruh%20taraf%20kehidupan%20asnaf.pdf
Description
Summary:Pasca covid telah menyaksikan perubahan terhadap taraf kehidupan masyarakat disebabkan kesan COVID 19 yang melanda Malaysia selama lebih kurang dua tahun. Pengkaji terpanggil untuk membuat satu kajian terhadap faktor yang mempengaruhi taraf kehidupan asnaf di bawah program prihatin asnaf Masjid Lama Permatang Badak (MLPB), Kuantan Pahang. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana faktor-faktor yang membawa kemiskinan yang disebut dalam Kitab al-Adab karangan Al-Habib Zain Bin Ibrahim menepati situasi Asnaf itu sendiri. Melalui kitab tersebut muka surat 324, no 34, bertajuk Adab Ketika Dalam Keadaan Miskin dan Kaya di bawah sub topik “Adab ketika dalam Keadaan Miskin” yang menyenaraikan 14 faktor yang boleh membawa kepada kemiskinan. Adakah senarai 14 faktor tersebut terdapat dalam diri para asnaf zakat MLPB atau sebaliknya. Bagi tujuan kajian ini pengkaji telah berusaha membina instrument berupa soal selidik hasil olahan dari 14 faktor yang dinyatakan dalam Kitab tersebut. Kajian peringkat awal ini dilakukan kepada 30 asnaf terpilih untuk mengisi borang soal selidik tersebut. Hasil dapatan dari soal selidik yang dibangunkan tersebut di dapati 14 faktor yang membawa kemiskinan tersebut mempunyai asasnya. Namun, oleh kerana pengolahan soal selidik yang masih diperingkat awal dan kaedah pengisian borang oleh asnaf yang kurang sempurna, maka pengkaji mendapati dapatan kajian ini masih boleh ditambah baik. Penambahbaikan yang dicadangkan ialah dengan pengolahan atau kemaskini soalan soal selidik yang lebih baik, bilangan asnaf yang lebih ramai dan kaedah atau panduan mengisi borang soal selidik oleh asnaf yang lebih tuntas dan mesra responden.