Mengutamakan Kesejahteraan Staf: Inisiatif Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan oleh Pejabat Naib Canselor

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) amat penting untuk memastikan kesejahteraan pekerja, mencegah kemalangan, kecederaan, dan penyakit, serta mewujudkan persekitaran kerja yang selamat. Di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Peker...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Muhamad Faisal, Mohd Yasin
Format: Newspaper
Language:Malay
Published: UMPSA 2025
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/43991/1/Mengutamakan%20Kesejahteraan%20Staf%20Inisiatif%20Keselamatan%20dan%20Kesihatan%20Pekerjaan%20oleh%20Pejabat%20Naib%20Canselor.pdf
Description
Summary:Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) amat penting untuk memastikan kesejahteraan pekerja, mencegah kemalangan, kecederaan, dan penyakit, serta mewujudkan persekitaran kerja yang selamat. Di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMO) bertanggungjawab untuk menguruskan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 (Akta A1648). Visi KKP UMPSA adalah untuk menjadikan universiti ini sebagai tempat kerja bebas kemalangan pekerjaan. Berlandaskan kepada misi untuk memperkasakan budaya keselamatan dan kesihatan melalui sistem pengurusan yang efisien, universiti akan terus memastikan pematuhan terhadap piawaian yang ditetapkan, meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga kerja, serta mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, sihat, dan produktif. Melalui usaha ini juga, universiti berhasrat untuk memupuk budaya kerja yang berteraskan keselamatan sebagai keutamaan utama dan seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan organisasi secara menyeluruh.