Hi-PET – Meraikan Kepelbagaian Bakat Kepimpinan Dalam Organisasi Abad Ke-21

Sebuah organisasi yang berjaya bukan sahaja aktif dalam menggalakkan semangat berpasukan, tetapi sentiasa mencari mekanisme untuk membangunkan kemahiran berpasukan bagi meningkatkan peranan pasukan tersebut. Keberkesanan kemahiran berpasukan ini amat dipengaruhi oleh kepelbagaian bakat yang wujud da...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Raizalhilmy, Mohd Rais, Zainuddin, Mat Hussin, Aziman, Abdullah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/4401/1/UMP_Full_Paper_Hi-PET_%281%29_raizalhilmy.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/4401/2/HiPET_-_Meraikan_Kepelbagaian_Bakat_Kepimpinan_Dalam_Organisasi_Abad_Ke_21_%28UMP%29_%281%29_slide.pdf
Description
Summary:Sebuah organisasi yang berjaya bukan sahaja aktif dalam menggalakkan semangat berpasukan, tetapi sentiasa mencari mekanisme untuk membangunkan kemahiran berpasukan bagi meningkatkan peranan pasukan tersebut. Keberkesanan kemahiran berpasukan ini amat dipengaruhi oleh kepelbagaian bakat yang wujud dalam sesebuah organisasi untuk mendokong aspirasi dan inspirasi organisasi tersebut mencapai kecemerlangan. Justeru, dalam usaha untuk mencapai visi Universiti Malaysia Pahang (UMP) serta merealisasikan Pelan Strategik UMP 2011-2015, satu pasukan pengerak yang mahir dan kompeten telah dibentuk melalui inovasi program yang dikenali sebagai Pasukan Eksekutif Berprestasi Tinggi atau “High Performance Executive Team” yang lebih dikenali sebagai Hi-PET dan terdiri daripada gabungan staf akademik dan staf bukan akademik. Kepelbagaian bakat kepimpinan pasukan ini diukur berdasarkan kepada tiga kompetensi utama pekerjaan iaitu gaya pemikiran, kepentingan tugas dan ciri-ciri tingkah laku yang dibentuk melalui corak pekerjaan. Pemilihan kumpulan Hi-PET seterusnya dibuat melalui Padanan Kerja Hi-PET yang dipetakan kepada profil individu bagi mendapatkan peratusan indeks Padanan Kerja. Manakala proses penilaian bagi membentuk corak atau watak organisasi yang pelbagai adalah melalui beberapa proses penilaian seperti penilaian daya kepimpinan individu, penilaian personaliti serta penilaian persepsi terhadap penambahbaikan keupayaan organisasi. Usaha dan mekanisma pembentukan kumpulan melalui kaedah ini diharapkan mampu memanfaatkan kepelbagaian bakat yang ada sebaik mungkin untuk meneruskan kelangsungan organisasi di abad ke-21.