Kriteria Manusia Yang Menguasai Dan Dikuasai Berdasarkan Ayat-Ayat Sejarah Dalam Al-Quran: Iktibar Dalam Menghadapi Cabaran Penjajahan Bentuk Baharu
Kajian ini cuba mengutarakan panduan yang dikemukakan al-Quran berkenaan ciri-ciri manusia yang menguasai dan dikuasai menerusi ayat-ayat berkaitan sejarah. Menerusi panduan ini, pengkaji akan mengutarakan iktibar bagi menghadapi cabaran penjajahan bentuk baharu yang sedang berlaku di dunia pada har...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/5628/1/kriteria_manusia-pbmsk-mansor1.pdf |
Summary: | Kajian ini cuba mengutarakan panduan yang dikemukakan al-Quran berkenaan ciri-ciri manusia yang menguasai dan dikuasai menerusi ayat-ayat berkaitan sejarah. Menerusi panduan ini, pengkaji akan mengutarakan iktibar bagi menghadapi cabaran penjajahan bentuk baharu yang sedang berlaku di dunia pada hari ini. Perkara ini selari dengan tujuan nas-nas berkaitan sejarah yang diceritakan dalam al-Quran sebagai panduan iktibar dan ibrah kepada manusia dalam mendepani cabaran yang mendatang. Sehubungan dengan itu, tulisan ini akan cuba mengumpulkan nas-nas yang berkenaan meliputi sejarah silam sebelum dan ketika zaman Nabi Muhammad. Gabungan dua zaman ini adalah disebabkan banyak khitab berkenaan zaman silam ditujukan secara khusus kepada umat pada zaman penurunan wahyu. Seterusnya nas-nas ini akan dianalisis khusus bagi mendapat iktibar bagi menghadapi cabaran penjajahan bentuk baharu yang sedang berlangsung di dunia pada hari ini. Akhirnya, diharapkan tulisan ini dapat merungkai persoalan hilangnya daya penguasaan yang pernah berada di tangan umat Islam dan dalam masa yang sama dapat memberi panduan untuk menjadi umat yang menguasai dunia ini semula |
---|