Summary: | Mengikut unjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), terdapat pertambahan graduan
sebanyak 4.74% setahun. Seiring dengan perancangan peningkatan kadar pelajar di IPT,
adalah dijangkakan bilangan pengangguran di kalangan graduan juga akan meningkat
sekiranya tindakan sokongan tidak dilaksanakan. Oleh yang demikian,KPT telah melancarkan
pelbagai Program Kebolekhpsasaran Graduan IPT. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji
perlaksanaan dan keberkesanan program perintis atau perantis yang telah dijalankan
Universiti Malaysia Pahang (UMP), namun laporan keberkesanan dan kelestarian programprogram
sukar didapati untuk dijadikan panduan dalam merangka dan melaksanakan
program-program perantis baharu di UMP. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi
mengumpul semula maklumat berkaitan sebagai rujukan bagi penambahbaikan dan rujukan
program perantis yang akan dilaksanakan kelak.
|