Analisis tahap penguasaan penggunaan telegram bagi pembelajaran secara atas talian dalam kalangan guru dan pelajar.

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis tahap penguasaan penggunaan Telegram dalam pembelajaran secara atas talian dalam kalangan guru dan pelajar. Proses pengumpulan data bagi kajian ini adalah dengan mengagihkan borang soal selidik kepada responden iaitu para guru dan pelajar di SMK...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Filzah Afiqah Mohd Zulkifli, Noor Anida Zaria Mohd Noor
Format: Article
Language:English
Published: Pejabat Karang Mengarang UPSI 2022-12-01
Series:Journal of ICT in Education
Subjects:
Online Access:https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JICTIE/article/view/7361
Description
Summary:Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis tahap penguasaan penggunaan Telegram dalam pembelajaran secara atas talian dalam kalangan guru dan pelajar. Proses pengumpulan data bagi kajian ini adalah dengan mengagihkan borang soal selidik kepada responden iaitu para guru dan pelajar di SMK Sri Kiambang untuk mendapatan data yang berkaitan dengan penulisan kajian ini iaitu pengetahuan, dan tahap penguasaan mereka terhadap penggunaan Telegram ini dalam pembelajaran secara atas talian. Responden kajian ini adalah seramai 272 orang yang terdiri dikalangan guru dan pelajar, iaitu seramai 202 orang pelajar dan 70 orang guru. Kajian ini berfokuskan hanya kepada pelajar menengah atas iaitu pelajar tingkatan empat dan lima sahaja. Objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti tahap kesediaan guru dan pelajar dalam aspek pengetahuan terhadap penggunaan Telegram, menganalisis tahap kesediaan guru dan pelajar dalam aspek kemahiran terhadap penggunaan Telegram dan tahap kesediaan guru dan pelajar terhadap penggunaan Telegram bagi pembelajaran secara atas talian. Selepas data yang dikumpulkan dianalisa, tahap skor min soalan bagi mengetahui tahap kesediaan pelajar dan guru adalah tinggi iaitu sebanyak 4.12 dalam aspek kemahiran, 4.20 dalam aspek penggunaan dan sebanyak 4.12 dalam aspek kesediaan guru dan pelajar terhadap penggunaan Telegram bagi pembelajaran secara atas talian. Diharapkan dengan maklumat yang diperolehi daripada respon dalam bahagian dapatan kajian ini dapat membantu para guru, para pelajar, dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengetahui apa yang dihadapi dan tahap kesediaan para guru dan pelajar kita dalam melakukan pembelajaran secara atas talian. Abstract The purpose of this study is to analyse the mastery level of the use of Telegram for online learning among teachers and students. The data collection process for this study is by giving questionnaires to respondents, namely teachers and students at SMK Sri Kiambang in order to obtain data related to the knowledge and their mastery level of the use of Telegram in online learning. The total number of respondents for this study is 272 respondents consisting of 202 students and 70 teachers. Student respondent is only upper secondary students, namely form four and five students. The objective of this study is to identify the level of readiness of teachers and students in terms of knowledge on the use of Telegram, analysed the level of readiness of teachers and students in terms of skills on the use of Telegram, and the level of readiness of teachers and students on the use of Telegram for online learning. After the researcher analysed the data collected, the mean score of the question to find out the level of readiness of students and teachers is high, namely 4.12 in terms of skills, 4.20 in terms of use, and 4.12 in terms of readiness of teachers and students to use Telegram for online learning. The findings of this study hopefully can help teachers, students, and the Ministry of Education Malaysia (MOE) to know what they are facing and the level of readiness of our teachers and students in doing online learning.
ISSN:2289-7844
0127-9750