Faktor Penentu Pelaporan Maklumat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di Malaysia

Maklumat mengenai aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) syarikat adalah antara maklumat terpenting yang perlu diketahui oleh para pelabur terutama bagi syarikat yang terlibat dalam industri berteknologi tinggi. Kajian ini mendalami amalan pelaporan maklumat R&D dalam laporan tahunan sy...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Fathyah Hashim, Romlah Jaffar
Format: Article
Language:English
Published: UUM Press 2006-09-01
Series:International Journal of Management Studies
Online Access:https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9274
Description
Summary:Maklumat mengenai aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) syarikat adalah antara maklumat terpenting yang perlu diketahui oleh para pelabur terutama bagi syarikat yang terlibat dalam industri berteknologi tinggi. Kajian ini mendalami amalan pelaporan maklumat R&D dalam laporan tahunan syarikat yang tersenarai di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) untuk tahun 2002. Secara spesifiknya kajian ini meneliti tahap pelaporan maklumat dan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pelaporannya. Sebanyak 87 daripada 314 buah syarikat yang tersenarai dalam industri teknologi, barangan pengguna, barangan industri serta perdagangan dan perkhidmatan telah dipilih sebagai sampel kajian. Analisis statistik varian (ANOVA) telah digunakan untuk menguji data kajian. Hasil kajian mendapati tahap pelaporan maklumat ini masih terlalu rendah. Pemboleh ubah saiz dan struktur modal syarikat didapati mempengaruhi tahap pelaporan maklumat R&D manakala operasi antarabangsa dan jenis industri didapati tidak dapat mempengaruhi tahap pelaporan maklumatnya. Dapatan kajian ini membawa implikasi bahawa syarikat perniagaan perlu memberi perhatian yang serius mengenai pelaporan maklumat pada masa hadapan kerana ia adalah antara maklumat terpenting yang digunakan oleh pelabur untuk membuat keputusan pelaburan.  
ISSN:2232-1608
2180-2467