Ayat-ayat Al-Quran Berkaitan Bisnes: Satu Kupasan Buku

Al-Quran adalah rujukan utama ajaran Islam, mengandungi prinsip-prinsip asas untuk setiap permasalahan dalam kehidupan manusia.Untuk mendapat pandangan Islam tentang bisnes, penulis ingin mengetahui terlebih dahulu apa AlQuran kata mengenai bisnes. Beberapa rujukan telah dibuat, termasuk penca...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Siti Anisah Atan @ Yaakub
Format: Article
Language:Arabic
Published: Universiti Sultan Azlan Shah 2017-06-01
Series:Global Journal Al-Thaqafah
Subjects:
Online Access:http://www.gjat.my/gjat062017/13020170701.pdf
Description
Summary:Al-Quran adalah rujukan utama ajaran Islam, mengandungi prinsip-prinsip asas untuk setiap permasalahan dalam kehidupan manusia.Untuk mendapat pandangan Islam tentang bisnes, penulis ingin mengetahui terlebih dahulu apa AlQuran kata mengenai bisnes. Beberapa rujukan telah dibuat, termasuk pencarian dalam indeks terjemahan Al-Quran, penulis tidak menemukan analisa yang sebegitu lengkap seperti yang terdapat di dalam buku The CommercialTheological Terms in The Koran oleh Charles C. Torrey. Buku ini membahagikan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan bisnes kepada 2 kategori. Ayat-ayat yang membicarakan dunia bisnes sebenar dan ayat-ayat Al-Quran yang menggunakan istilah-istilah dunia bisnes untuk menerangkan teologi Islam. Ternyata banyak sekali ayat Al-Quran berbicara tentang dunia bisnes sebenar, tetapi lagi banyak menggunakan istilah-istilah dunia bisnes untuk teologi Islam yang mana bilangannya menghampiri 370 ayat. Walau pun buku ini mendapat kritikan kerana penulisnya seorang orientalis Yahudi, namun analisanya terhadap ayat-ayat berkaitan bisnes sangat lengkap dan terperinci.
ISSN:2232-0474
2232-0482