Hubungan Dinamik Antara Inflasi, Kemeruapan Inflasi dan Pertumbuhan Output: Bukti Empirikal di Malaysia

Tujuan utama makalah ini adalah untuk mengkaji hubungan dinamik antara inflasi, kemeruapan inflasi dan pertumbuhan output bagi tempoh Januari 1980 hingga Disember 2004. Kemeruapan inflasi dianggarkan dengan menggunakan model varians bersyarat ‘exponential generalized autoregressive conditional het...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abu Hassan Shaari Mohd Nor, Tan Yan Ling
Format: Article
Language:English
Published: UUM Press 2009-12-01
Series:International Journal of Management Studies
Online Access:https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9969
Description
Summary:Tujuan utama makalah ini adalah untuk mengkaji hubungan dinamik antara inflasi, kemeruapan inflasi dan pertumbuhan output bagi tempoh Januari 1980 hingga Disember 2004. Kemeruapan inflasi dianggarkan dengan menggunakan model varians bersyarat ‘exponential generalized autoregressive conditional heteroskedasticity’ (EGARCH) dan perubahan indek pengeluaran perindustrian (IPP) digunakan sebagai proksi kepada  pertumbuhan output. Teknik autoregresi vector (VAR) digunakan untuk menguji kewujudan hubungan lead-lagged antara ketiga-tiga pemboleh ubah yang dikaji. Keputusan empirikal menunjukkan wujud hubungan penyebab antara kadar inflasi dan kemeruapan inflasi. Secara amnya, kadar inflasi yang tinggi akan meningkatkan kemeruapan inflasi, selaras dengan hipotesis pertama Friedman. Seterusnya kemeruapan inflasi yang tinggi akan mengurangkan kadar inflasi seperti yang dibahaskan oleh Holland. Tambahan pula, inflasi memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan output Malaysia. Walau bagaimanapun tiada hubungan yang wujud antara kemeruapan inflasi dan pertumbuhan output. Keputusan daripada analisis luar sampel menggunakan teknik fungsi tindak balas teritlak (GIRF) dan penghuraian varians (VDC) adalah konsisten dengan keputusan daripada analisis VAR.  
ISSN:2232-1608
2180-2467