Pemodelan Regresi antara Kemalangan Jalan Raya Dengan Isipadu Trafik, Persimpangan, Lampu Isyarat dan Waktu Kejadian

Kajian ini membincangkan hubung kait antara bilangan kemalangan jalan raya di sebuah daerah di Negeri Kedah, Malaysia dengan isipadu trafik, persimpangan, lampu isyarat dan waktu kejadian. Jenis jalan bersimpang yang dipertimbangkan dalam kajian ini adalah simpang tiga dan simpang empat, sama ada ya...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Rohaiza Zakaria, Yuhaniz Ahmad
Format: Article
Language:English
Published: UUM Press 2007-12-01
Series:International Journal of Management Studies
Subjects:
Online Access:https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9847
Description
Summary:Kajian ini membincangkan hubung kait antara bilangan kemalangan jalan raya di sebuah daerah di Negeri Kedah, Malaysia dengan isipadu trafik, persimpangan, lampu isyarat dan waktu kejadian. Jenis jalan bersimpang yang dipertimbangkan dalam kajian ini adalah simpang tiga dan simpang empat, sama ada yang berlampu isyarat atau tidak. Manakala waktu kejadian merujuk kepada waktu sibuk dan waktu tidak sibuk. Ujian nisbah kebolehjadian membuktikan bahawa model regresi Binomial Negatif merupakan model terbaik untuk disesuaikan kepada data kemalangan yang ada. Model regresi yang dibentuk merujuk kepada kemalangan yang berlaku di sekitar setiap stesen pengumpulan isipadu trafik dalam daerah kajian.  
ISSN:2232-1608
2180-2467