Menangani Kekaburan Kemahiran Prosedur dan Terminologi Awal Matematik: Pendekatan Leksis Berdasarkan Teori Prosodi Semantik

Tujuan- Kajian ini bertujuan mengenal pasti pedagogi guru awal Matematik dalam kalangan kanak-kanak di Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan mengenal pasti sejauh manakah pendekatan leksis berdasarkan Teori Prosodi Semantik dapat menjelaskan kekaburan kemahiran prosedur dan terminologi awal Matematik...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Anida Sarudin, Husna Faredza Mohamed Redzwan, Zulkifli Osman, Raja Noor Farah Azura Raja Ma’amor Shah, Intan Safinas Mohd Ariff Albakri
Format: Article
Language:English
Published: UUM Press 2019-11-01
Series:Malaysian Journal of Learning and Instruction
Online Access:https://www.scienceopen.com/document?vid=62538f39-95b3-4ed8-a401-aa9bed6398ff
Description
Summary:Tujuan- Kajian ini bertujuan mengenal pasti pedagogi guru awal Matematik dalam kalangan kanak-kanak di Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan mengenal pasti sejauh manakah pendekatan leksis berdasarkan Teori Prosodi Semantik dapat menjelaskan kekaburan kemahiran prosedur dan terminologi awal Matematik. Metodologi- Kajian ini melibatkan 20 orang guru dan 60 orang kanak-kanak yang berumur 4 tahun. Sebanyak 4 lokasi kajian dipilih, iaitu di PAPN Bercham, PAPN Sg. Siput, PAPN Teluk Intan dan PAPN Besout 1. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik dan senarai semak pencerapan dan pemudahcaraan (PdPc). Proses pencerapan PdPc hanya melibatkan 8 orang guru yang terpilih secara rawak. Kajian ini juga mengaplikasikan korpus daripada Pangkalan data Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk meneliti kolokasi kata dan konteks berkaitan leksikal padanan, kumpul, mengasingkan dan banding. Dapatan- Hasil kajian mendapati bahawa PdPc, guru mengajar konsep padanan dengan menjelmakan perkataan cari yang sama, pilih yang sama, sama tak bentuk, sama dengan, dan tarik, manakala konsep kumpul dijelmakan dengan leksikal seperti mengikut yang sama, dan ambil semua. Seterusnya konsep asing dijelmakan dengan leksikal kira, cuba kira, ambil, masukkan, cari dan mana. Seterusnya, konsep membanding diajarkan dengan menyebut leksikal bezakan dan yang mana. Pendekatan leksis berasaskan Teori Prosodi Semantik dapat menunjukkan konteks awal Matematik, iaitu konsep padanan, kumpul, asing dan membanding dengan tepat dari pelbagai perspektif kolokasi. Signifikan- Kajian ini mengetengahkan pendekatan leksis yang dapat menawarkan strategi baharu dalam pengajaran awal Matematik berteraskan Teori Prosodi Semantik.
ISSN:1675-8110
2180-2483