Penggunaan Aspek Deiksis dalam Filem Hikayat Merong Mahawangsa

Deiksis merupakan cara sesuatu bahasa diperkatakan dan cara bahasa tersebut melengkapi konteks ujaran (Levinson, 1983). Kajian mengenai deiksis dalam filem masih tidak banyak dan belum cukup meluas kerana kajian tentang deiksis lebih tertumpu pada korpus, seperti iklan dan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Aminnudin Saimon, Lisa Licson
Format: Article
Language:msa
Published: Dewan Bahasa dan Pustaka 2023-06-01
Series:Jurnal Bahasa
Subjects:
Online Access:https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8356
Description
Summary:Deiksis merupakan cara sesuatu bahasa diperkatakan dan cara bahasa tersebut melengkapi konteks ujaran (Levinson, 1983). Kajian mengenai deiksis dalam filem masih tidak banyak dan belum cukup meluas kerana kajian tentang deiksis lebih tertumpu pada korpus, seperti iklan dan bahasa, atau dialek. Berdasarkan pemerhatian, sehingga kini, masih tiada kajian oleh sarjana tempatan yang mengetengahkan filem dalam penelitian elemen deiksis. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis deiksis dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa dan menganalisis deiksis berdasarkan ujaran dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa.Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah analisis kandungan teks dalam pengumpulan data dengan bersandarkan kerangka Teori Pragmatik Levinson (1983). Dapatan akan dikenal pasti dan dikategorikan mengikut lima jenis deiksis yang digariskan dalam Teori Pragmatik Levinson (1983), iaitu deiksis orang, deiksis waktu, deiksis tempat, deiksis sosial dan deiksis wacana. Kajian ini membantu meluaskan lagi skop kajian deiksis dan meningkatkan lagi penghasilan kajian mengenai deiksis. Jelasnya, penggunaan deiksis secara tidak langsung dapat memberikan gambaran mengenai sesuatu peristiwa, seperti penggunaan deiksis waktu dan deiksis wacana. Penggunaan deiksis ini juga dapat memberikan maklumat yang jelas mengenai perkara yang hendak disampaikan.
ISSN:1511-9084
2462-1889