Pembangunan pangkalan pengetahuan intervensi bagi masalah pembelajaran spesifik Diskalkulia

Pada masa kini, kesedaran untuk merawat masalah pembelajaran spesifik Diskalkulia semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat. Namun, kekangannya ialah maklumat tentang rawatan awal bagi masalah pembelajaran spesifik ini adalah sangat kurang untuk dijadikan sebagai bahan rujukan. Selain itu...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Noor Azlin Azman, Roznim Mohamad Rasli
Format: Article
Language:English
Published: Pejabat Karang Mengarang UPSI 2022-12-01
Series:Journal of ICT in Education
Subjects:
Online Access:https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JICTIE/article/view/7383
Description
Summary:Pada masa kini, kesedaran untuk merawat masalah pembelajaran spesifik Diskalkulia semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat. Namun, kekangannya ialah maklumat tentang rawatan awal bagi masalah pembelajaran spesifik ini adalah sangat kurang untuk dijadikan sebagai bahan rujukan. Selain itu, garis panduan intervensi juga kurang bersesuaian dan terlalu umum serta pengujian terhadap tehadap pangkalan pengetahuan intervensi bagi masalah pembelajaran spesifik Diskalkulia adalah diperlukan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan pangkalan pengetahuan intervensi bagi masalah Diskalkulia, menyediakan satu panduan intervensi dan menguji kebolehterimaan, kebolehgunaan dan kepuasan pangkalan pengetahuan tersebut. Pangkalan pengetahuan ini dibangunkan berdasarkan metodologi Kejuruteraan Pengetahuan yang terdiri daripada lima fasa utama iaitu perolehan pengetahuan, pengesahan pengetahuan, pangkalan pengetahuan, kebolehfungsian dan ujian pengguna. Pengumpulan data yang diperoleh adalah melalui temubual pakar domain, sumber primer dan sekunder. Kesahihan dan ketepatan maklumat di dalam pangkalan pengetahuan ini telah disahkan oleh tiga orang pakar domain dari Jabatan Pendidikan Khas, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Seramai 10 orang responden yang terdiri daripada ibu bapa dan guru pendidikan khas telah dipilih secara rawak untuk menguji pangkalan pengetahuan yang telah dibina. Dapatan yang diperoleh menunjukkan majoriti ibu bapa dan guru pendidikan khas bersetuju terhadap kebolehgunaan, kebolehterimaan dan kepuasan pangkalan pengetahuan yang dibina ini. Juteru, pangkalan pengetahuan ini dapat dijadikan sebagai satu platform rujukan bagi masalah pembelajaran spesifik Diskalkulia khasnya bagi para ibu bapa dan guru Pendidikan khas. Abstract Nowadays, awareness for treating specific learning disorders is getting more attention. However, the constraint is that information about early treatments for particular learning problems is poorly used as reference materials. In addition, intervention guidelines are also lacking and too general, as well as testing of intervention knowledge bases for specific learning disabilities, is required. This research aims at developing an intervention knowledge base for the Dyscalculia problem, providing an intervention guide, and testing the acceptability, usability, and satisfaction of knowledge bases. This knowledge base is guided by Knowledge Engineering methodology comprising five main phases namely knowledge acquisition, knowledge validation, knowledge base, functionality, and user testing. Data is collected through domain expert interviews and primary and secondary sources. The authenticity and accuracy of the information in this knowledge base have been verified by three domain experts from the Special Education Department, the Faculty of Human Development, Universiti Pendidikan Sultan Idris. A total of 10 respondents consisting of parents and special education teachers are randomly selected to test the knowledge base built. The findings indicate that parents and teachers of special education agree on the acceptability, usability, and satisfaction of this knowledge base. Thus, this knowledge base can be used as a reference platform for Dyscalculia-specific learning problems specifically for parents and special education teachers.
ISSN:2289-7844
0127-9750