Keberkesanan Penggunaan Video Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Tahun 6 Semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)

Kajian ini dilaksanakan untuk mengetahui keberkesanan penggunaan video pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun 6 semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Objektif kajian ini adalah mengenalpasti tahap pelaksanaan video pembelajaran Bahasa Melayu tahun 6 semasa Pengajaran dan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zazila Shafinaz Zaharon Lai, Ahmad Nurzid Rosli
Format: Article
Language:English
Published: Pejabat Karang Mengarang UPSI 2021-12-01
Series:Journal of ICT in Education
Subjects:
Online Access:https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JICTIE/article/view/6179
Description
Summary:Kajian ini dilaksanakan untuk mengetahui keberkesanan penggunaan video pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun 6 semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Objektif kajian ini adalah mengenalpasti tahap pelaksanaan video pembelajaran Bahasa Melayu tahun 6 semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), mengenalpasti kesediaan murid tahun 6 dalam menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berasaskan video, dan mengenalpasti keberkesanan penggunaan video Bahasa Melayu tahun 6 dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Metodologi kajian adalah menggunakan analisis deskriptif dan data diperolehi melalui kaedah kuantitatif iaitu borang soal selidik menggunakan Google Form yang melibatkan 52 orang responden murid tahun 6 di sekitar Kampung Sungai Tapah Tambahan, Ipoh. Hasil kajian ini mendapati tahap kesediaan murid tahun 6, tahap pelaksanaan video pembelajaran serta tahap keberkesanan video pembelajaran Bahasa Melayu tahun 6 semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) adalah positif dimana lebih 90% murid bersedia dari segi peranti bagi menjalani PdPR, 90% tahap pelaksanaan video pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 6 semasa PdPR dilaksanakan oleh guru serta lebih 90% dari nilai keseluruhan menyatakan keberkesanan video pembelajaran Bahasa Melayu tahun 6 adalah berkesan semasa menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Kesimpulannya, keberkesanan penggunaan video pembelajaran Bahasa Melayu tahun 6 semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) adalah berkesan dan membawa impak positif terhadap pembelajaran kendiri murid tahun 6 disekitar Kampung Sungai Tapah Tambahan Ipoh. Abstract This study was conducted to determine the effectiveness of the use of video learning of Bahasa Melayu among student year 6 during “Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)”. The objective of this study is to identify the level of implementation of instructional videos Bahasa Melayu student year 6 during “Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)”, identify the readiness of students in year through “Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)” based video, and identify the effectiveness of the use of Bahasa Melayu instructional video for student year 6 in “Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)”. The methodology of the study is to use descriptive analysis and data obtained through quantitative methods that is a questionnaire via Google Form which involves 52 respondents of year 6 students around Kampung Sungai Tapah Tambahan, Ipoh. The results showed the level of preparedness of students year 6, level of implementation of instructional videos as well as the effectiveness of instructional videos Bahasa Melayu year 6 during “Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)” is positive, where over 90% of students are prepared both devices during “Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)”, the 90% level implementation of learning videos in Bahasa Melayu year 6 during the “Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)”  conducted by teachers and more than 90% of the overall video effectiveness of learning video Bahasa Melayu Year 6 is effective during student year 6 through the “Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)”. In conclusion, the effective use of video learning Bahasa Melayu year 6 during “Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)” are effective and have a positive impact on student learning in year 6 around Kampung Sungai Tapah Tambahan.
ISSN:2289-7844
0127-9750