Peranan Pengalaman Mengajar dalam Hubungan antara Komitmen terhadap Profesion dengan Prestasi Kerja

Kajian ini bertujuan untuk (1) mengukur tahap komitmen terhadap profesion di kalangan guru-guru sekolah menengah, (2) mengenal pasti hubungannya dengan prestasi kerja, dan (3) mengenal pasti pengaruh pengalaman mengajar sebagai penyederhana hubungan antara komitmen terhadap profesion dan prestasi ke...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdull Sukor Shaari, Noran Fauziah Yaakub, Rosna Awang Hashim
Format: Article
Language:English
Published: UUM Press 2004-02-01
Series:International Journal of Management Studies
Online Access:https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/9194
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk (1) mengukur tahap komitmen terhadap profesion di kalangan guru-guru sekolah menengah, (2) mengenal pasti hubungannya dengan prestasi kerja, dan (3) mengenal pasti pengaruh pengalaman mengajar sebagai penyederhana hubungan antara komitmen terhadap profesion dan prestasi kerja. Data kajian dikutip melalui kaedah tinjauan menggunakan soalselidik. Kajian ini menggunakan sebanyak 370 guru yang dipilih secarapersampelan rawak berstrata dari 108 buah sekolah menengah di negeri Kedah. Dapatan kajian menunjukkan sebahagian besar responden mempunyai komitmen yang tinggi terhadap profesion. Terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara komitmen dengan prestasi kerja. Pengalaman mengajar didapati berperanan sebagai penyederhana hubungan antara komitmen terhadap profesion dengan prestasi kerja.  
ISSN:2232-1608
2180-2467