Potensi Sistem Tenaga Suria Dalam Penjanaan Tenaga Elektrik Dari Perspektif Islam di Malaysia
Permintaan tenaga di Malaysia yang semakin pesat akibat pembangunan di dalam sektor perindustrian dan perbandaran telah menyebabkan sektor tenaga tidak lagi boleh sepenuhnya bergantung kepada sumber bahan api fosil. Ini berikutan ketersediaan sumber bahan api fosil yang terhad telah mengakibatkan ka...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Arabic |
Published: |
Universiti Sultan Azlan Shah
2015-12-01
|
Series: | Global Journal Al-Thaqafah |
Subjects: | |
Online Access: | http://site.gjat.my/main/3074/index.asp?pageid=176486 |
Summary: | Permintaan tenaga di Malaysia yang semakin pesat akibat pembangunan di dalam sektor perindustrian dan perbandaran telah menyebabkan sektor tenaga tidak lagi boleh sepenuhnya bergantung kepada sumber bahan api fosil. Ini berikutan ketersediaan sumber bahan api fosil yang terhad telah mengakibatkan kadar peningkatan harga terhadap sumber ini
semakin tinggi dari masa ke semasa. Hari ini, sektor tenaga sudah mula mengalih pandangan ke arah sumber tenaga yang boleh diperbaharui bagi menampung peningkatan terhadap
permintaan tenaga. Sumber tenaga suria adalah di antara sumber yang menunjukkan masa depan yang cerah sebagai sumber tenaga alternatif didalam penghasilan tenaga elektrik. Malaysia
adalah sebuah negara yang dianugerahkan oleh Allah (s.w.t) dengan jumlah cahaya matahari yang tinggi di sepanjang tahun. Ini menunjukkan potensi untuk memanfaatkan teknologi tenaga
suria adalah tidak terhad. Tambahan pula, sumber ini tidak dikuasai oleh mana-mana kuasa politik atau syarikat antarabangsa.
Penulisan ini adalah bertujuan untuk menilai potensi bagi memanfaatkan teknologi tenaga suria dalam penjanaan tenaga elektrik terhadap persekitaran dari perspektif Islam. Penulisan
ini turut membincangkan rancangan tindakan dari kerajaan Malaysia terhadap tenaga yang boleh diperbaharui ini dalam masa 10 tahun kebelakangan ini. |
---|---|
ISSN: | 2232-0474 2232-0482 |