Taksiran Zakat Pertanian Dalam Kitab Sabil Al-Muhtadin
Kertas ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh faktor semasa ketika membuat taksiran zakat hasil pertanian yang dibahaskan oleh Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam kitab Sabil al-Muhtadin. Kitab Sabil al-Muhtadin adalah tulisan Syeikh Muhammad Arsyad alBanjari yang termasyhur. Persoala...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Arabic |
Published: |
Universiti Sultan Azlan Shah
2016-12-01
|
Series: | Global Journal Al-Thaqafah |
Subjects: | |
Online Access: | http://www.gjat.my/gjat122016/11720160602-M.pdf |
Summary: | Kertas ini bertujuan untuk mengenal pasti
pengaruh faktor semasa ketika membuat taksiran
zakat hasil pertanian yang dibahaskan oleh
Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam
kitab Sabil al-Muhtadin. Kitab Sabil al-Muhtadin
adalah tulisan Syeikh Muhammad Arsyad alBanjari
yang termasyhur. Persoalannya, apakah
beliau telah mengambil kira keadaan semasa dan
keperluan setempat pada masa itu semasa kitab
Sabil al-Muhtadin ditulis? Bagaimanakah pula
kaedah yang dipakai dalam tulisan beliau itu
boleh diambil manfaat pada masa kini? Kertas
ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Pertama
akan menyorot secara ringkas biodata Syeikh
Muhammad Arsyad al-Banjari sebagai latar
belakang. Kedua akan membahaskan taksiran
zakat hasil pertanian dalam kitab Sabil alMuhtadin.
Ketiga akan menganalisis kaedah
taksiran zakat hasil pertanian dalam Sabil
al-Muhtadin khususnya dalam menentukan
kadar zakat pertanian. Akan dihujahkan bahawa
walaupun perbahasan Syeikh Muhammad
Arsyad al-Banjari terhadap taksiran zakat
hasil pertanian dalam kitab Sabil al-Muhtadin
telah mengambil kira keadaan semasa pada
masa itu, namun akibat keperluan semasa pada
masa ini, maka timbul penambahbaikan dalam
taksiran zakat hasil pertanian adalh diperlukan
khususnya di Malaysia. |
---|---|
ISSN: | 2232-0474 2232-0482 |