Pembangunan Jadual Input-Output Wilayah dan Analisis ke atas Struktur Industri Selangor

Artikel ini membentangkan hasil kajian ke atas pembangunan jadual input-output negeri Selangor yang dianggar dengan menggunakan teknik RAS pada tahun 2000. Dengan menggunakan andaian kesamaan penggunaan input dan teknologi pengeluaran antara Selangor dan Malaysia, struktur aliran antara industri Sel...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Yusof Saari, Zakariah Abdul Rashid
Format: Article
Language:English
Published: UUM Press 2009-05-01
Series:International Journal of Management Studies
Online Access:https://www.scienceopen.com/document?vid=a3d700b3-3ba3-441b-957d-9699714c4f75
Description
Summary:Artikel ini membentangkan hasil kajian ke atas pembangunan jadual input-output negeri Selangor yang dianggar dengan menggunakan teknik RAS pada tahun 2000. Dengan menggunakan andaian kesamaan penggunaan input dan teknologi pengeluaran antara Selangor dan Malaysia, struktur aliran antara industri Selangor dianggar berasaskan struktur aliran antara industri nasional. Jadual input-output yang dianggar kemudiannya digunakan untuk menjalankan analisis ke atas struktur pengeluaran industri Selangor. Hasil kajian mendapati Selangor memiliki struktur pengeluaran industri yang sederhana dan terlalu bergantung kepada import dan eksport. Analisis ke atas kaitan antara industri mendapati sektor pembuatan, perlombongan dan kuari, dan perkhidmatan kerajaan merupakan sektor-sektor strategik di Selangor yang dapat memberi impak besar ke atas pembangunan ekonomi negeri.  
ISSN:2232-1608
2180-2467