Summary: | Orang kafir mengharamkan jual beli, berjumpa dan berbual serta berkahwin
dengan kaum Bani Hasyim dan Bani Abdul Manaf sehinggalah mereka
menyerahkan Muhammad saw untuk di bunuh. Boikot yang dihadapi puak Baginda
adalah tekanan paling dahsyat. Ketika boikot itu juga, bapa saudara
Baginda, Abu Talib dan isteri Baginda Khadijah meninggal dunia. (Abbas
Abdullah Fida, The Comprehensive Islamic Book, Mecca:al-Haramein Trade
Centre, 1983, m/s 171-172).
Kini, struktur sosial masyarakat umat Islam berubah mengikut sistem
kemasyrakatan paling janggal mengikut ajaran Islam. Hubungan persaudaraan
umat Islam berasaskan pemahaman ideologi politik, bukan agama. Malah,
struktur hubungan kekeluargaan turut berubah.
|