Undang-undang persaingan di Malaysia: satu kajian terhadap Akta Persaingan 2010

Malaysia menduduki tempat ke-21 daripada 142 negara dalam senarai “World Economic Forum’s Global Competitiveness Index 2011-2012”. Malaysia juga telah melonjak lima anak tangga ke kedudukan 18 dalam senarai World Bank’s Doing Business Report untuk tahun 2012. Pencapaian ini merupakan hasil darip...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nasarudin, Abdul Rahman
Format: Article
Language:English
Published: Dewan Bahasa dan Pustaka 2013
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/34756/1/Artikel_in_Kanun.pdf
Description
Summary:Malaysia menduduki tempat ke-21 daripada 142 negara dalam senarai “World Economic Forum’s Global Competitiveness Index 2011-2012”. Malaysia juga telah melonjak lima anak tangga ke kedudukan 18 dalam senarai World Bank’s Doing Business Report untuk tahun 2012. Pencapaian ini merupakan hasil daripada transformasi ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan, seperti memberikan tumpuan pada peranan sektor swasta dalam ekonomi serta menggalakkan program liberalisasi perdagangan dan perkhidmatan. Akta Persaingan 2010 (Competition Act 2010) telah digubal pada tahun 2010 dan dikuatkuasakan pada awal tahun 2012. Akta Persaingan 2010 merupakan sebahagian daripada transformasi dan reformasi ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menghasilkan ekonomi yang berdaya saing serta mencapai taraf negara maju. Sejajar dengan itu, Akta Surahanjaya Persaingan juga digubal pada tahun 2010 bagi menubuhkan satu suruhan jaya yang mampu memantau isu persaingan di Malaysia