Summary: | Tissue Engineering and Regenerative Medicine (henceforth TERM) research and development (R&D) is driven
by substantial and growing medical needs. The ultimate goal of TERM is to reconstruct biological spare parts
or living tissue graft which also known as Tissue Engineered Medical Products (henceforth TEMPs) for the
human body. The emergence of this biomedical field has created numerous treatment approaches as well as
prospects to manage tissue/organ loss worldwide. This advancing technology offers unique insights into its
potential to customize functional human tissue/organ based on the specific needs of an individual patient. The
demands for TEMPs have been increasing over time. However, other than certain technical ambiguity, its
scientific progress is shrouded by several moral challenges which have yet to be addressed systematically. At
present, there are only few literatures addressing the moral challenges of TERM principles and practice from
the Islamic perspective. This paper attempts to bridge the gap. The discussion will try to harmonise and seek
balance between the empirical aspects and the social dimensions of the technology. This paper perhaps could
enlighten the stakeholders to reach answers to certain questions which may bring the best out of TERM
technology.
Aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang Kejuruteraan Tisu dan Perubatan Regeneratif
(TERM) didorong oleh keperluan perubatan yang semakin meningkat. Matlamat utama TERM adalah untuk
membina semula alat ganti biologi atau graf tisu yang dikenali sebagai produk perubatan yang dihasilkan
melalui kaedah kejuruteraan tisu (TEMPs) untuk tubuh manusia. Kemunculan bidang bioperubatan ini telah
menghasilkan pelbagai pendekatan dalam kaedah rawatan dan juga prospek bagi menangani keperluan
penggantian tisu/organ yang rosak di seluruh dunia. Kemajuan teknologi ini menawarkan suatu kaedah unik
yang berupaya untuk menyesuaikan fungsi tisu/organ yang dibina semula berdasarkan keperluan khusus pesakit
secara individu. Permintaan terhadap TEMPs semakin meningkat dari semasa ke semasa. Namun, selain
daripada wujudnya kekaburan tertentu dari aspek teknikal, perkembangan saintifik teknologi ini diselubungi
oleh beberapa cabaran moral yang masih belum ditangani secara sistematik. Pada masa ini, hasil penulisan sedia
ada tidak banyak membincangkan isu moral dan cabaran berkaitan prinsip dan amalan TERM dari perspektif
Islam. Kertas kerja ini cuba untuk merapatkan jurang tersebut. Perbincangan untuk kertas kerja ini akan cuba
mengharmonikan dan mencari keseimbangan dalam teknologi ini dari aspek empirikal dan dimensi sosial.
Kertas kerja ini diharapkan dapat membantu pihak berkepentingan untuk mendapat jawapan kepada soalan
tertentu dan meraih resolusi yang terbaik untuk teknologi ini.
|