Summary: | Virus influenza?
Merupakan punca kepada jangkitan saluran paru-paru akut yang disebabkan oleh Influenza A dan B. Ianya adalah penyakit epidemik yang terjadi hampir setiap tahun terutama sekali pada waktu musim sejuk di kawasan yang beriklim khatulistiwa.
Golongan veteran dan individu yang mempunyai masalah penyakit kronik adalah antara pesakit yang berisiko tinggi mendapat komplikasi teruk daripada jangkitan virus influenza, termasuklah kematian.
Golongan muda selalunya tidak terlalu terkesan dengan virus influenza kerana kebiasaannya, penyakit ini adalah ‘self-limiting’ atau dalam bahasa mudah, sistem imunisasi mereka dapat mengawal penyakit ini daripada menjadi lebih teruk. Terdapat beberapa jenis virus influenza yang sering menyerang manusia, contohnya influenza A H1N1, influenza A H3N2 dan 2 jenis influenza B yang berlainan struktur
|