Kesaksian wanita antara kebolehterimaan & kebolehpaksaan

Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah kewujudan golongan wanita dalam sesebuah masyarakat atau negara. Dalam kebanyakan negara, peratus wanita hampir-hampir menyamai peratus bilangan lelaki dan hakikat ini tidak terkecuali di negara kita Malaysia. Dengan itu, peranan yang perlu dan boleh dim...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ramlee, Zulfakar
Format: Article
Language:English
Published: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia 2005
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/908/1/KESAKSIAN_WANITA.pdf
Description
Summary:Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah kewujudan golongan wanita dalam sesebuah masyarakat atau negara. Dalam kebanyakan negara, peratus wanita hampir-hampir menyamai peratus bilangan lelaki dan hakikat ini tidak terkecuali di negara kita Malaysia. Dengan itu, peranan yang perlu dan boleh dimainkan oleh kaum hawa ini tidak boleh diperkecilkan. Salah satu dari peranan yang tidak kurang pentingnya ialah sebagai saksi di Mahkamah Syariah. Persoalan ini tidak timbul di dalam sistem Mahkamah Sivil kerana undang-undang yang terpakai tidak membezakan berdasarkan jantina. Lain dari perspektif Mahkamah Syariah yang berdasarkan Hukum Syarak, maka timbullah isu mengenai kelayakan seorang wanita sebagai saksi? Persoalan seterusnya ialah mengenai skop wanita sebagai saksi. Ini kerana terdapat pandangan bahawa keterangan mereka terhad dalam kes tertentu sahaja. Isu ini timbul hasil dari kenyataan bahawa penyaksian seorang wanita tidak sama dengan penyaksian seorang lelaki? Setakat manakah kebenaran dakwaan bahawa penyaksian dua wanita menyamai penyaksian seorang lelaki! Kertas ini cuba menjawab persoalan-persoalan di atas dan menganalisa kebenaran beberapa kenyataan yang timbul sebelum ini dengan mengambil kira pandangan ulama silam dan kotemporari.