Kajian isu dan masalah pembangunan tanah wakaf di Bandar Melaka / Yusni Jalil

Tanah sebenarnya merupakan satu elemen penting di dalam pembangunan terutama sekali tanah-tanah di bandar. Dalam pada itu tanah-tanah yang ada di bandar semakin berkurangan disebabkan pembangunan pesat bagalkan cendawan tumbuh selepas hujan. Di dalam konteks ini banyak tanah-tanah diambil untuk dija...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Jalil, Yusni
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning & Surveying 1998
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/10531/2/10531.pdf
Description
Summary:Tanah sebenarnya merupakan satu elemen penting di dalam pembangunan terutama sekali tanah-tanah di bandar. Dalam pada itu tanah-tanah yang ada di bandar semakin berkurangan disebabkan pembangunan pesat bagalkan cendawan tumbuh selepas hujan. Di dalam konteks ini banyak tanah-tanah diambil untuk dijadikan pembangunan. Pembangunan ke atas tanah-tanah tersebut dilakukan semaksimum yang boleh agar keuntungannya dapat menandingi pasaran tanah di kawasan bandar. Begituiah seterusnya juga dengan tanah-tanah wakaf yang ada di kawasan bandar. Seharusnya tanah-tanah wakaf yang ada di kawasan bandar diambil kesempatan ke atasnya dengan membangunkan pembangunan berbentuk boleh memperkembangkan jumlah harta wakaf yang ada. Tetapi sebaliknya di bandar Melaka, tanah-tanah wakaf yang ada tidak dimajukan seperti mana kegunaan tanah di kawasan bandar. Tanah-tanah wakaf di kawasan bandar adalah berbentuk pembangunan rumah kedat lama yang tidak dibangunkan semula kepada pembangunan berbentuk memberikan pulangan modal yang besar kepada pihak Majlis Agama Islam, di mana boleh dimanfaatkan untuk pembangunan sosio-ekonomi umat Islam sendiri. Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi mengkaji apakah isu masalah yang monghantui pembangunan tanah wakaf di bandar Melaka. Seterusnya mengapa golongan lain yang mendapat manfaat daripada tanah wakaf tersebut.