Analisa rangkaian jalan raya dan kaitannya dengan pembangunan ekonomi / Abd Hamid Abd Majid

Sejarah telah membuktikan bahawa jalan merupakan satu element penting didalam membentuk sesuatu kawasan. Sesuatu tempat yang mempunyai pelaluan yang maksima membangun dengan pesatnya dan membentuk kepada sebuah pusat pertumbuhan. Pembentukan jalan-jalan ini dapat membawa masuk element pembangunan se...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Abd Majid, Abd Hamid
Format: Thesis
Language:English
Published: 1980
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1091/1/TB_ABD%20HAMID%20ABD%20MAJID%20AP%2080_5%20P01.pdf
Description
Summary:Sejarah telah membuktikan bahawa jalan merupakan satu element penting didalam membentuk sesuatu kawasan. Sesuatu tempat yang mempunyai pelaluan yang maksima membangun dengan pesatnya dan membentuk kepada sebuah pusat pertumbuhan. Pembentukan jalan-jalan ini dapat membawa masuk element pembangunan serta ia akan membentuk kepada satu sistem atau corak yang diarahkan oleh keadaan fizikal. Dari corak ini ia akan membentuk kepada satu rangkaian jalan raya yang komplek yang dikaitkan dengan keadaan sekeliling seperti sosial dan ekonomi. Adalah perlu rangkaian jalan raya ini dikaitkan semasa dengan keadaan semasa kerana setiap perubahan keatas rangkaian jalan raya ini akan mendatangkan kesan kepada keadaan semasa. Oleh itu pertalian rangkaian jalan raya dengan organisasi jarak adalah perlu dibentuk bagi menentukan darjah pelaluan, persambungan dan lingkaran yang mana ia perlu dikaitkan dengan keadaan sebenar. Walaupun pembentukan ini tidak mengambil kira fakta penting seperti ekonomi sosial tetapi ia boleh dijadikan asas untuk kajian lanjut dimana perkembangan jalan raya ini diselaraskan dengan pembangunan ekonomi„ Oleh itu perlu dibentuk pertalian antara jalan raya dengan pernbangunan ekonomi dengan menggunakan model analisa regrasi bagi menentukan pembentukan pertalian positif atau negatif. Kedua-dua cara penganalisaan tadi akan lebih berkesan jika ianya dikaitkan dengan keadaan sebenar dimana perlu dikesan pembangunan ekonomi dan jalan raya pada keadaan setempat di kawasan kajian. Kesan positif dan negatif dari pernbangunan jalan raya dan pembangunan ekonomi ini akan mengakibatkan ketidak seimbangan pembangunan dan berlaku disesuatu tempat. Dengan berdasarkan kepada beberapa kajian yang telah dinyatakan diatas dapatlah dibentuk polisi-polisi dan strategi pembangunan jalan raya dan ekonomi agar setiap pembangunannya tidak akan mendatangkan kesan negatif keatas keadaan fizikal , ekonomi dan sosial dan ianya mestilah memenuhi kehendak Dasar Ekonomi Baru yang merupakan objektif utama bagi negara kita. Dengan perancangan yang teliti adalah diharapkan setiap pembangunan jalan raya yang dilaksanakan kesan positifnya mestilah dapat dirasai oleh setiap lapisan masyarakat dan memberi keharmunian dan meningkatkan ekonomi negara.