Summary: | Di bawah ini digariskan objektif dan matlamat kajian mengenai perancangan pawagam d i Kuala Lumpur. 1. Mengkaji kesesuaian pawagam-pawagam di Kuala Lumpur dari segi lokasi dan rekabentuk. Moral: Dapat mengetahui kesesuaiannya pada pengguna-pengguna dan merangka suatu piawaian yang berupa prinsip-prinsip perancangan pawagam. 2. Mengkaji kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pawagam-pawagam untuk pengguna seperti tempat letak kereta, kedai-kedai makan, tandas, keselamatan dari kemalangan dan kecemasan, tempat duduk, papan tanda dan sebagainya. Moral: Dapat menilai dasar perancangan pawagam dan menetapkan suatu piawaian yang sesuai. 3. Mengkaji dari aspek fisikal, sosial dan ekonomi kesan sampingan dari pawagam keatas kegunaan-kegunaan tanah lain yang berhampiran seperti bangunan-bangunan kedai dan pusat membeli-belah, bangunan-bangunan pejabat, tempat beribadat, sekolah, hospital dan kawasan perumahan. Moral: Dapat menyingkap masalah-masalah yang timbul dari pawagam dan cuba mencari jalan penyelesaian melalui perancangan yang sesuai.
|