Summary: | Penulisan kajian akhir ini terutamanya tertumpu kepada
Senibina Kolonial tempatan, dihasilkan melalui pengkajian
dan penganalisaan beberapa aspek secara dasar dan terperinci. Kaitan pensejarahan menentukan fakta dan pendapat berhubung dengan faktur-faktur yang membawa kepada kewujudan bentuk senibina tersebut di Malaysia.
Bab yang seterusnya mengesan asal' usul dan latarbelakang kepada Senibina Kolonial. Sebagai kesimpulan, penulis akan cuba menerangkan teori bahawa Senibina Kolonial mempunyai ciri-ciri identiti sendiri perihal rekabentuk yanq dipenqaruhi oleh keadaan sekeliling terutamanya iklim dan budaya masyarakat.
Kawasan Bandar George Town menjadi kes kajian disebabkan latarbelakang sejarah dan terdapatnya contoh-contoh bangunan yang sesuai bagi subjek kajian. Kajian akan meliputi perancangan awal bandar dan penganalisaan individu ke atas setiap bangunan yang dipilih. Dari itu, kajian akhir ini akan dapat memuatkan pensejarahan senibina sebuah kawasan, bermula dari penempatan awal; perancangan kawasan, dan; pembinaan
bangunan-bangunan berserta faktur-faktur pengaruhnya.
|