Summary: | Pemiagaan yang diceburi oleh Syarikat Pedas Sdn. Bhd. adalah
pemiagaan yang tergolong dalam sektor industri pemakanan. Syarikat ini
menghasilkan cili boh asli di mana bahan yang digunakan hanya berasaskan
cili kering ynag tidak dicampurkan dengan bahan lain seperti betik, jagung
dan sebagainya. Pemiagaan ini dijalankan di kawasan perkampungan Melayu yang
terletak di tengah - tengah bandar Ipoh dan pekan Jelapang. Kg. Manjoi
menjadi pilihan tapak bagi projek ini kerana ia stategik di mana segala
kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, kadar sewa rumah kedai yang
murah, tenaga buruh mudah diperolehi, berhampiran dengan lebuh raya dan
tidak jauh dari pengguna.
Mengikut perancangan pemiagaan akan dilaksanakan pada awal
tahun 2001. Ini kerana tapak perniagaan perlu disediakan dengan
kelengkapan perabot, mesin - mesin dan sebagainya.
|