Summary: | Oleh kerana pihak pentadbiran di Zoo Negara tidak dapat memberi kerjasama membekalkan maklumat yang terperinci mengenai pelan dan sistem perancangan di Zoo Negara, maka perlu dimaklumkan bahawa kajian ini telah banyak berdasarkan kepada pemerhatian serta kesimpulan yang dapat dibuat daripada sumber maklumat yang amat terhad. Di Malaysia hampir tiada bahan tertulis tentang senibina dan perancangan zoo, apalagi yang dikarang oleh anak tempatan. Umumnya bidang zoologi dibincangkan. atau dikaji sebagai salah satu cabang biologi. Buku-buku senibina berkaitan dengan pusat rekreasi yang didapati di perpustakaan juga tidak menyentuh mengenai zoo. Oleh kerana hambatan inilah saya telah merujuk buku-buku tentang tabiat haiwan urttuk mengetahui hakikat, kesukaan dan sifat haiwan sahaja. Bagaimanapun, terdapat empat buah bahan yang belum dicetak iaitu tulisan oleh Kurator Zoo Negara dan kertas kerja oleh pelajar universiti luar negeri yang diperolehi daripada koleksi bahan pendidikan Zoo Negara dan seorang kenaIan.
|