Istiadat Konvokesyen Ke-55 : Jun 2002 : Dewan Sri Budiman, UiTM

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah kurniaNya, kita berkesempatan untuk bersama-sama dalam majlis tradisi Istiadat Konvokesyen Kelima Puluh Lima yang amat bermakna dan bersejarah dengan penganugerahan ijazah dan diploma kepada para graduan.Universiti ialah tempat untuk mencambah ilmu. la...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: UiTM, Jabatan Komunikasi Korporat
Format: Book
Language:English
Published: Jabatan Komunikasi Korporat 2002
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11863/1/BK_ISTIADAT%20KONVOKESYEN%20KE-55.pdf
Description
Summary:Syukur ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah kurniaNya, kita berkesempatan untuk bersama-sama dalam majlis tradisi Istiadat Konvokesyen Kelima Puluh Lima yang amat bermakna dan bersejarah dengan penganugerahan ijazah dan diploma kepada para graduan.Universiti ialah tempat untuk mencambah ilmu. la dibangunkan hasil daripada keperluan, tuntutan dan kenyataan sosial, politik dan ekonomi sesuatu bangsa. Demikianlah, apabila UiTM digerakkan seawal tahun 1957 - ketika itu sebagai Dewan Latihan RIDA - 'universiti' kecil bangsa Melayu mula menjengah ke luar lingkungan dunia sempit pada masa itu untuk memperlihat asasnya kepada usaha mengangkat martabat Bangsa Melayu dan Bumiputera lain. Istiadat konvokesyen ini adalah manifestasi kejayaan dan kegemilangan tradisi keilmuan yang kita dokong selama ini. Graduan yang diraikan pada Istiadat Konvokesyen kali ini - seramai 8,333 orang semuanya merupakan hasil daripada sistem dan proses pendidikan tinggi yang disokong dengan wawasan yang jelas, niat yang tulus ikhlas, serta doa, tawakal dan sabar. Konvokesyen bukanlah majlis yang mengakhiri tanggungjawab insan untuk belajar. la hanyalah sekadar satu majlis ritual yang diadakan untuk meraikan pelajar-pelajar yang berjaya menyempurnakan satu peringkat pengajian tertentu. Apa yang lebih penting adalah usaha dan iltizam para graduan agar berupaya memanfaatkan maklumat dan pengetahuan yang mereka peroleh di UiTM untuk diterjemah menjadi ilmu yang membawa kesejahteraan kepada bangsa, agama dan negara. Atas semangat seperti itulah maka UiTM tidak pernah lupa untuk menghargai jasa-jasa insan yang berjaya bukan sahaja di bidang akademik, malah turut mengambil kira peranan dan sumbangan mereka dalam soal-soal lain. Pada istiadat kali ini, UiTM berbesar hati untuk menghargai sumbangan dan jasa yang telah ditaburkan oleh Yang Amat Berbahagia Dato Seri Dr. Siti Hasmah Haji Mohd. Ali dengan menganugerahi beliau Ijazah Kehormat Doktor Sains Kesihatan. Penganugerahan ini adalah pengiktirafan tertinggi yang diberikan oleh UiTM kepada tokoh-tokoh tertentu di negara ini. Syabas diucapkan kepada semua graduan, ibubapa, tenaga pengajar dan pentadbiran atas usaha, sumbangan, dan pengorbanan yang dicurahkan demi untuk memartabatkan agama, bangsa, dan negara tercinta.