Summary: | Laporan Tahunan Perpustakan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang 2024 merangkumi pencapaian dan inisiatif strategik perpustakaan dalam menyokong keperluan pembelajaran, penyelidikan, dan pembangunan ilmu warga UiTM. Fokus utama laporan ini termasuk perancangan strategik, pembangunan sumber manusia, peningkatan infrastruktur, dan pendigitalan perkhidmatan perpustakaan. PTAR menonjolkan pelbagai program inovatif seperti kempen pembudayaan membaca, kolaborasi bersama komuniti, dan program literasi maklumat. Perkhidmatan perpustakaan terus diperluas melalui platform MyKM. Laporan ini juga juga mendokumentasikan kerjasama dengan pelbagau fakulti, aktiviti melibatkan alumni, serta pencapaian dalam menyokong penyelidikan melalui muat naik bahan intelek ke repositori digital. Dengan komitmen kepada kualiti dan inovasi, PTAR berperanan penting dalam meningkatkan akses maklumat dan budaya ilmu di kalangan komuniti universiti dan sekitarnya.
|