Kajian keberkesanan program mentor-menti program kecemerlangan diri anjuran jabatan-jabatan UITM Perak / Che Norlia Hassan , Abdul Majeed Ahmad , Zulkefli Abdul Rahman , Salina Noranee

Sejak tahun 1988, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak telah memperkenalkan Program Mentor-Menti atau juga dikenali sebagai Program Kecemerlangan Diri. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meninjau keberkesanan program tersebut yang dilaksanakan pada tahun 2005. Untuk kajian ini, seramai 272 or...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Che Norlia, Hassan, Abdul Majeed, Ahmad, Zulkefli, Abdul Rahman, Salina, Noranee
Format: Research Reports
Language:English
Published: Institute of Research, Development and Commercialization , Universiti Teknologi MARA 2008
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1407/1/LP_CHE%20NORLIA%20HASSAN%2008_5%201.pdf
Description
Summary:Sejak tahun 1988, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak telah memperkenalkan Program Mentor-Menti atau juga dikenali sebagai Program Kecemerlangan Diri. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meninjau keberkesanan program tersebut yang dilaksanakan pada tahun 2005. Untuk kajian ini, seramai 272 orang pelajar dari 4 fakulti terlibat sebagai menti. Selain itu, seramai 18 orang yang terdiri daripada pensyarah fakulti dan penceramah luar terlibat sebagai mentor. la melibatkan bimbingan dan interaksi mentor-menti secara profesional. Pemilihan menti adalah berdasarkan kepada pencapaian akademik mereka, iaitu untuk mereka yang mendapat keputusan peperiksaan yang nilai CGPA di bawah 2.3. Kajian ini memusatkan perhatian kepada program mentor-menti, iaitu satu tinjauan mengenai (a) respons mentor, iaitu pensyarah fakulti dan penceramah luar yang terlibat dalam program ini mengenai kesesuaian program ini diperkenalkan, penilaian tentang keberkesanan program serta faedah kepada diri dan profesionnya, dan (b) respons menti, iaitu perubahan yang dialami oleh mereka, khasnya mengenai kesan-kesan terhadap diri mereka sendiri. Hasil daripada analisis data menunjukkan bahawa semua mentor bersetuju bahawa program telah dikendalikan dengan baik dan menepati objektif yang ditetapkan serta berhasil membawa kepada perubahan sikap, motivasi dan semangat terhadap pembelajaran dan pembentukan sahsiah menti. Hampir kesemua bersetuju bahawa penganjuran program ini merupakan satu langkah positif universiti untuk meningkatkan prestasi akademik menti yang terlibat. Selain itu, wujud konsensus mengenai rasa kepuasan dan penglibatan mentor dalam program mentor-menti. Dari perspektif menti pula, kewujudan interaksi dengan mentor melalui program ini dan pengisian yang diatur telah meninggalkan kesan-kesan positif. Secara keseluruhannya lebih 80% menti bersetuju dengan setiap aspek yang dikendalikan dalam program dan mereka merasa lebih yakin terhadap diri dan terdorong untuk bertindak balas secara positif terhadap program demi meningkatkan potensi dan disiplin diri. Kajian membuktikan bahawa pengendalian program seperti ini boleh membantu pelajar yang lemah dalam akademik dan menjadi satu strategi yang berkesan khasnya untuk mengubah sikap dan mendorong pelajar yang kurang berjaya dalam akademik. Pada keseluruhannya, analisis data kajian ini telah menunjukkan bahawa program mentor-menti berpotensi memberi manfaat kepada pelajar (menti).