Summary: | Stres atau tekanan kadangkala berpotensi mengundang penyakit yang memberi kesan
terhadap kesejahteraan psikologi individu. Dalam bidang psikologi, tekanan dan tingkah laku
merupakan perkara yang selalu diberi tumpuan dan dikaji oleh ahli psikologi.
Menurut Rice (1999), stres dapat didefinisikan berdasarkan tiga aspek iaitu pertama
merujuk kepada rangsangan peristiwa atau persekitaran menjadi penyebab seseorang individu
merasa tertekan. Dengan kata lain ia boleh dianggap sebagai faktor luaran. Kedua, stres
merujuk kepada gerak balas subjektif dan ia juga dianggap sebagai faktor dalaman iaitu aspek
mental. Proses emosi, defensive dan daya tindak stres berlaku dalam diri seseorang individu.
Sesetengah proses dalaman ini menghasilkan kematangan fikiran dan ada juga menghasilkan
ketegangan mental.
|