Pembinaan penderia pH gentian optik pintar berasaskan reagen terpegun dan rangkaian neural tiruan (ANN) / Faiz Bukhari Mohd Suah … [et al.]

Penderia pH gentian optik berasaskan reagen terpegun dan pengoptimuman rangsangannya menggunakan rangkaian neural tiruan (artificial neural network, ANN) telah dibangunkan dalam kajian ini. Penunjuk pH iaitu bromotimol biru (BTB) telah dipilih sebagai reagen. Reagen ini telah dipegunkan di atas kopo...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Suah, Faiz Bukhari, Ahmad, Musa, Md Jani, Abdul Mutalib, Taib, Mohd Nasir
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Perlis 2005
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14685/1/AJ_FAIZ%20BUKHARI%20MOHD%20SUAH%20JI%2005.pdf
Description
Summary:Penderia pH gentian optik berasaskan reagen terpegun dan pengoptimuman rangsangannya menggunakan rangkaian neural tiruan (artificial neural network, ANN) telah dibangunkan dalam kajian ini. Penunjuk pH iaitu bromotimol biru (BTB) telah dipilih sebagai reagen. Reagen ini telah dipegunkan di atas kopolimer Amberlite XAD 7 dengan kaedahjerapan. Teknik spektroskopi pantulan digunakan untuk pencirian reagen yang terpegun di atas Amberlite XAD 7. Penggunaan ANN dalam pengoptimuman rangsangan penderia pH gentian optik berasaskan reagen yang dipegunkan di atas Amberlite XAD 7 ini telah berjaya melebarkanjulat rangsangan linear penderia darijulat yang terhad (pH 6.00-8.00 bagi BTB) kepada julat yang lebih baik iaitu pH 2.00-11.50. Pengoptimuman rangsangan penunjuk pH ini tidak dapat dilakukan untuk keseluruhan julatpH 1.00-14.00 kerana masalah pelunturan kimia terhadap reagen yang dipegunkan. Ralat purata bagi penentuan pH bagi larutan yang tidak diketahui adalah 0.03 unit pH untuk BTB terpegun pada Amberlite XAD 7.