Summary: | Universiti wujud dengan adanya sekumpulan ahli akademik yang gigih yang berfungsi dengan merencana dan melaksanakan program akademiknya berasaskan kepada ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia sejagat untuk menjayakan misi dan visi kehidupan di dunia ini (Ujang, 1993). Kertas ini bertujuan untuk membincangkan peranan yang boleh dilaksanakan oleh
pensyarah di dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan tinggi. Pensyarah memainkan peranan yang penting dalam membawa UiTM ke arah kecemerlangan akademik. Pensyarah mestilah berusaha untuk memindahkan ilmu serta menerapkan nilai-nilai murni bagi melahirkan graduan profesional yang berperanan membangunkan diri, ilmu, masyarakat dan Negara.
|