Strategi pengurusan koleksi di Muzium Negeri, Negeri Sembilan / Nurul Shakil Mohamad Khams

Kajian ini lebih menumpukan kepada aspek pengurusan koleksi yang dijalankan di Muzium Negeri, Negeri Sembilan. Kajian ini juga menumpukan kepada kaedah konservasi barangan koleksi, kaedah penstoran dan keselamatan barangan koleksi serta dasar perolehan bagi barangan koleksi. Objektif utama kajian ad...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Khams, Nurul Shakil
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Film, Theatre and Animation 2014
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15082/1/PPb_NURUL%20SHAKIL%20MOHAMAD%20KHAMS%20FF%2014_5.pdf
Description
Summary:Kajian ini lebih menumpukan kepada aspek pengurusan koleksi yang dijalankan di Muzium Negeri, Negeri Sembilan. Kajian ini juga menumpukan kepada kaedah konservasi barangan koleksi, kaedah penstoran dan keselamatan barangan koleksi serta dasar perolehan bagi barangan koleksi. Objektif utama kajian adalah mengenalpasti strategi pengurusan koleksi yang dijalankan di Muzium Negeri, Negeri Sembilan. Kajian ini penting kerana dilihat sebagai salah satu usaha di dalam mengekalkan warisan bangsa dan negara. Strategi pengurusan koleksi serta dasar-dasar yang telah digunakan oleh sesebuah muzium itu adalah bertujuan untuk mewujudkan sebuah pengurusan koleksi yang sistematik. Kajian adalah berdasarkan pendekatan kualitatif melalui kaedah pemerhatian, temubual, pengumpulan data, dan rujukan media elektronik. Daripada kajian yang dilakukan mendapati bahawa Muzium Negeri, Negeri Sembilan menggunakan kaedah konservasi, kaedah penstoran dan keselamatan barangan koleksi serta dasar perolehan bagi barangan koleksi. Oleh itu, daripada kaedah-kaedah ini membuktikan bahawa Muzium Negeri, Negeri Sembilan telah mengamalkan strategi pengurusan koleksi yang menyeluruh