Kepentingan penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Fakulti Pengajian Maklumat Universiti Teknologi MARA / Haniffah Amit

Penggunaan teknologi maklumat (IT) di dalam bidang pendidikan semakin mendapat tempat di dalam Malaysia. Penggunaan aplikasi berorientasikan multimedia semakin meluas bermula dari peringkat sekolah sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi. Kajian ini adalah satu tinjauan tentang kepentingan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Amit, Haniffah
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Information Management 2002
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15752/1/PPb_HANIFFAH%20AMIT%20IM%2002_5.pdf
Description
Summary:Penggunaan teknologi maklumat (IT) di dalam bidang pendidikan semakin mendapat tempat di dalam Malaysia. Penggunaan aplikasi berorientasikan multimedia semakin meluas bermula dari peringkat sekolah sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi. Kajian ini adalah satu tinjauan tentang kepentingan penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Fakulti Pengajian Maklumat Universiti Teknologi Mara. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji dan menyelidik penggunaan multimedia dalam pembelajaran dan pengajaran serta untuk mengetahui keberkesanan penggunaan multimedia dalam pembelajaran. Di samping itu kajian ini juga adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan multimedia dalam meningkatkan taraf kelulusan pelajar dan mengenalpasti sama ada multimedia dapat menyelesaikan masalah pelajar dalam pemahaman sesuatu teori semasa sesi pembelajaran. Sampel kajian ini terdiri daripada 50 orang pelajar termasuk pensyarah di Fakulti Pengajian Maklumat Universiti Teknologi Mara. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 23 soalan yang berkaitan dengan penggunaan multimedia dalam proses pembelajaran mereka. Dengan ini, kaedah graf dan jadual digunakan untuk mengukur objektif dan menguji hipotesis kajian. Semua data dianalisis dengan menggunakan kaedah pengiraan menggunakan Microsoft Excel melalui Microsoft Window 2000. Dapatan kajian juga menunjukkan penggunaan multimedia adalah sangat penting di Fakulti Pengajian Maklumat dalam meningkatkan prestasi pelajar dan untuk mengenalpasti sama ada multimedia dapat menyelesaikan masalah pelajar dalam pemahaman di samping mengenalpasti corak pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar dan pensyarah. Oleh itu, terdapat hubungan yang penting di antara tahap penggunaan multimedia di kalangan pelajar dengan tahap pendidikan yang di terima oleh mereka. Penggunaan multimedia ini diyakini akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self access, self paced, dan self directed, dan seterusnya akan menjayakan matlamat pelaksanaan negara, untuk melahirkan warga negara yang berketrampilan, kreatif, inovatif serta berakhlaq mulia. Rasionalnya multimedia ini sangat penting dalam era teknologi maklumat (IT).