TV AlHijrah: pengaplikasian prinsip islam dalam intipati program / Nur Amira Ahmad Jamal

Kajian ilmiah ini mengkaji pengaplikasian Prinsip Islam dalam intipati program keatas TV AlHijrah. Penulis telah memilih 12 rancangan yang disiarkan di TV AlHijrah bagi dinilai intipati rancangannya yang telah dimasukkan ke dalam buku kod bagi menjawab objektif kajian yang kedua. Penulis juga turut...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Jamal, Nur Amira
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Film, Theatre and Animation 2016
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16879/2/PPb_NUR%20AMIRA%20AHMAD%20JAMAL%20FF%2016_5.pdf
Description
Summary:Kajian ilmiah ini mengkaji pengaplikasian Prinsip Islam dalam intipati program keatas TV AlHijrah. Penulis telah memilih 12 rancangan yang disiarkan di TV AlHijrah bagi dinilai intipati rancangannya yang telah dimasukkan ke dalam buku kod bagi menjawab objektif kajian yang kedua. Penulis juga turut melakukan temubual bersama dengan Ketua Unit Kawalan Kandungan TV AlHijrah bagi mengumpul maklumat bagi menjawab objektif kajian yang pertama. Penulis telah menggunakan empat Prinsip Islam iaitu al-Ubudiyyah (pengabdian), al-Mas’uliyyah (tanggungjawab), al-Musawah (persamaan) dan al-Taah (ketaatan) yang diambil daripada buku terbitan Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM yang bertajuk Pengurusan Islam: Teori dan Praktis (2008), penulisan Rashid Muhamad, Mohd Yadman Sarwan dan S. Salahudin Suyurno. TV AlHijrah sebagai sebuah stesen TV Islamik yang berfungsi sebagai medium dalam menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat telah didapati oleh penulis bahawa stesen TV ini telah mengaplikasikan Prinsip Islam dalam intipati program yang disiarkan dalam mengangkat kehebatan Islam dalam dunia penyiaran di Malaysia.