Summary: | Program Transformasi UiTM (Trans4U) dilaksanakan oleh UiTM seiring dengan aspirasi yang ingin dicapai menerusi RMKe-11 Nasional dalam mendepani cabaran globalisasi serta perubahan landskap ekonomi dan teknologi, dengan mengambilkira objektif serta sasaran yang telah ditetapkan. Dalam agenda transformasinya UiTM meneruskan keunikannya dalam menggalas misi dan visi Bumiputera melalui pengajian tinggi.
Program Trans4U telah bermula pada April 2015 menerusi 16 Program Transformasi merangkumi 64 projek yang mencakupi 4 komponen, iaitu:
Organisasi (O), Kecemerlangan Bakat (B), Proses (P), dan Teknologi (T).
|