Illustrasi poster kempen alam sekitar dalam simbol kebudayaan / Muliyati Mat Alim...[et.al]

Illustrasi poster merupakan salah satu medium dalam penyampaian mesej kepada masyarakat. Keberkesanan sebuah illustrasi dalam menyampaikan suatu mesej terhadap pembaca, haruslah memenuhi beberapa kriteria seperti mempunyai daya tarikan, jelas, sederhana, mudah difahami dan representatif. Kempen pers...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mat Alim, Muliyati
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19916/1/PRO_MULIYATI%20MAT%20ALIM%20M%2016.pdf
Description
Summary:Illustrasi poster merupakan salah satu medium dalam penyampaian mesej kepada masyarakat. Keberkesanan sebuah illustrasi dalam menyampaikan suatu mesej terhadap pembaca, haruslah memenuhi beberapa kriteria seperti mempunyai daya tarikan, jelas, sederhana, mudah difahami dan representatif. Kempen persekitaran pula adalah di antara langkah dalam mengajak dan mendedahkan masyarakat pentingnya menjaga alam sekitar. Illustrasi poster merupakan kepingan kertas yang ditujukan kepada masyarakat di mana ia mengandungi teks dan juga imej grafik (simbol dan gambar). Illustrasi poster haruslah bertujuan untuk menyampaikan mesej secara cepat dan tepat. Mesej yang divisualisasikan dalam poster mengumpul beberapa idea yang dihadkan oleh pakar komunikasi. Dalam komunikasi pengiklanan atau kempen, ia tidak hanya menggunakan bahasa penulisan sebagai alat komunikasi tetapi ia juga gambar, warna dan bunyi. Pendekatan kualitatif iaitu analisis pengkaryaan digunakan bagi menjawab persoalan-persoalan dalam artikel ini. Illustrasi poster dipilih berdasarkan jenis-jenis kempen yang dijalankan. Kesemua poster tersebut diperolehi daripada Badan Bukan Kerajaan Alam Sekitar (ENGO) iaitu World Wide Fund for Nature Malaysia (WWFM). Analisa merangkumi aspek simbol, ikon dan tanda yang menganalisis kaitan serta makna simbol dan teks antara pembaca, penulis dan teks. Ia menekankan pada fungsi tanda-tanda atau simbol di dalam teks berinteraksi dengan pengalaman peribadi pembaca dan budaya pengguna. Hasil daripada kajian ini dapat difahami mesej yang terkandung di dalam poster kempen ini mempunyai maksud tertentu dan melambangkan perkara yang ingin disampaikan. Walau bagaimana pun terdapat juga kekurangan berupa infomasi bertulis yang sepatutnya menjadi maklumat penting dalam posterposter tersebut.