Summary: | Terdapat kepelbagaian kaedah dalam penggayaan
rekabentuk kenderaan dimana ianya bergantung
kepada kaedah yang dipilih oleh pereka. Baru-baru
ini pengunaan kaedah “anthropomorphic”
(antropomorfik) mempunyai pengayaan rekaan
tersendiri dan menghasilkan product yang berkualiti
dan berinovasi. Berikutan daripada itu,
“anthropomorphism” (antropomorfisme) boleh
menerajui teknik pengayaan terbaru, dimana kaedah
“anthropomorphic” (antropomorfik) hanya digunakan
untuk keterampilan dan daya tarikan dari sudut
kepenggunaan atau kebiasaan dalam mengenali
produk. Bagi kaedah “anthropomorphic”
(antropomorfik), ianya diukur dari sudut rekabentuk
struktur manusia kepada rekabentuk gaya asas dan
ianya dinilai atas faktor keselesaan atau
pengenalpastian daripada bagaimana gaya guna
kepada produk tersebut. Dalam pendekatan reka
bentuk “anthropomorphic” (antropomorfik), untuk
merancang penampilan dan interaksi produk, ia
harus mencari tahap kemanusiaan yang sesuai
dengan tugas utama dan peranannya untuk
mendapatkan kesan positif dari “Anthropomorphism”
(Antropomorfisme). Jadi soalan penyelidikan utama
yang timbul daripada kajian ini adalah "Bagaimana
bentuk fungsi berikut boleh disesuaikan dalam
menghasilkan bentuk inovasi?” Kajian ini meneliti
penerapan “anthropomorphic” dengan seni
mempertahankan diri Melayu kepada ontologi kereta
untuk menghasilkan rekabentuk inovasi dalam
pengayaan kereta.
|