Isu penerapan nilai Islam dalam penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia / Khairul Azhar Meerangani

Perlembagaan Persekutuan menjamin hak kebebasan beragama setiap warganegara di Malaysia. Tiada sebarang paksaan boleh dikuatkuasakan terhadap pihak berbeza agama untuk menerima dan mengamalkan sesuatu ajaran dan kepercayaan. Namun begitu, beberapa tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh Pihak...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Meerangani, Khairul Azhar
Format: Article
Language:English
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30684/1/30684.pdf
Description
Summary:Perlembagaan Persekutuan menjamin hak kebebasan beragama setiap warganegara di Malaysia. Tiada sebarang paksaan boleh dikuatkuasakan terhadap pihak berbeza agama untuk menerima dan mengamalkan sesuatu ajaran dan kepercayaan. Namun begitu, beberapa tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah disalahfahami sebagai cubaan untuk memaksakan penerapan nilai Islam terhadap golongan bukan Islam. Kajian ini bertujuan menganalisis isu dan dakwaan yang dikemukakan serta menilai sama ada tindakan oleh PBT tersebut hanya berdasarkan sentimen keagamaan atau mengikut lunas undang-undang yang telah diperuntukkan. Tiga isu yang difokuskan dalam kajian ini adalah larangan salon unisex oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), penguatkuasaan garis panduan papan iklan oleh Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) dan rampasan minuman keras oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis teks Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang menyentuh perihal bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengawal dan menyelia masyarakat menerusi pewartaan undang-undang kecil. Peruntukan ini seterusnya dianalisis secara induktif bagi merumuskan kedudukan isu yang dikaji. Tindakan penguatkuasaan yang dilakukan oleh ketiga-tiga PBT dalam isu ini dilihat mengikut bidang kuasa yang telah diperuntukkan dan tidak melanggar hak mana-mana golongan bukan Islam di negara ini. Pematuhan terhadap arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa adalah penting untuk mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat serta mengelakkan polemik dan provokasi berterusan yang boleh dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu.