Rakaman cetak rompak digital: filem-filem tempatan di Malaysia / Nur Fathin Fitriyah Shurki

Perkembangan filem telah lama berlalu sehingga akhirnya menjadi seperti sebuah filem di masa kini yang kaya akan kesan-kesan khas, dan sangat mudah untuk dijadikan sebagai medium hiburan. Namun perkembangan industri filem dicacatkan dengan ancaman dan cabaran aktiviti filem cetak rompak dan kini rak...

Descripció completa

Dades bibliogràfiques
Autor principal: Shurki, Nur Fathin Fitriyah
Format: Student Project
Idioma:English
Publicat: 2017
Matèries:
Accés en línia:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31306/1/PPb_NUR%20FATHIN%20FITRIYAH%20SHUKRI%20FF%20B%2018_5.pdf
Descripció
Sumari:Perkembangan filem telah lama berlalu sehingga akhirnya menjadi seperti sebuah filem di masa kini yang kaya akan kesan-kesan khas, dan sangat mudah untuk dijadikan sebagai medium hiburan. Namun perkembangan industri filem dicacatkan dengan ancaman dan cabaran aktiviti filem cetak rompak dan kini rakaman cetak rompak digital menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian dan mencapai tahap berterusan. Penghasilan teknologi yang canggih memungkinkan aktiviti cetak rompak digital ini lebih berleluasa terutamanya yang dirakam dalam bentuk digital menerusi cakera optik. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti motif dan punca seseorang individu itu dalam melakukan rakaman cetak rompak digital dan penyelidik mahu menganalisis cara mengatasi masalah rakaman cetak rompak digital yang semakin berleluasa. Menurut Cresswell (1994), mentakrifkan bahawa penyelidikan kualitatif sebagai proses inkuiri ke arah pemahaman yang didasari kaedah pengumpulan data yang lazim digunakan apabila meninjau sesuatu permasalahan social. Dengan menggunakan kajian kualitatif, penyelidik cuba meneroka permasalahan yang menyebabkan kewujudan aktiviti ini. Temu bual mendalam dijalankan ke atas 5 informan yang terdiri dari pengarah filem yang terlibat dengan kes rakaman cetak rompak digital ini dan pengurusan daripada pawagam terpilih. Keputusan kajian ini mendapati bahawa individu yang menjalankan aktiviti rakaman cetak rompak ini mempunyai motif tersendiri dan tindakan undang-undang perlu diambil dalam mengatasi masalah rakaman cetak rompak ini.