Reka Bentuk Dan Pembangunan Model Pengajaran Berasaskan Ict (eE-Tvet) Bagi Kursus Mekanikal Dan Pembuatan Di Kolej Vokasional: Satu Analisis Keperluan / Khairu Nuzul@Mohd Khairul Nuzul Hassan and Abu Bakar Ibrahim

Perkembangan ICT dalam sistem pendidikan masa kini telah mengubah cara manusia belajar dan mengajar. Proses Pengajaran tidak lagi terhad kepada kaedah tradisional dengan menggunakan“chalk and talk” tetapi menggunakan kepelbagaian media sebagai medium penyampaian ilmu. Guru pada masa kini mempun...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nuzul Hassan, Khairu Nuzul@Mohd Khairul, Ibrahim, Abu Bakar
Format: Article
Language:Malay
Published: Universiti Teknologi MARA, Kedah 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31852/1/AJ_KHAIRU%20NUZUL%40MOHD%20KHAIRUL%20NUZUL%20HASSAN%20VOA%20K%2017.pdf
Description
Summary:Perkembangan ICT dalam sistem pendidikan masa kini telah mengubah cara manusia belajar dan mengajar. Proses Pengajaran tidak lagi terhad kepada kaedah tradisional dengan menggunakan“chalk and talk” tetapi menggunakan kepelbagaian media sebagai medium penyampaian ilmu. Guru pada masa kini mempunyai akses yang lebih luas kepada ilmu melalui peralatan ICT. Inovasi dalam pedagogi harus berubah seiring dengan perubahan dalam teknologi semasa. Keupayaan ICT dalam menyampaikan ilmu seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh pendidik guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keperluan membangunkan model pengajaran berasaskan ICT(e-Tvet) di Kolej Vokasional di Malaysia. Sampel dalam kajian ini ialah seramai 108 orang guru dari lima buah Kolej Vokasional di Zon Utara dan 3 orang pakar dari Universiti dan IPG dipilih secara sampel bertujuan. Data dianalisis secara diskriptif dengan menggunakan program SPSS V21. Hasil analisis data menunjukan terdapat keperluan untuk membangunkan model pengajaran yang berasaskan ICT(e-Tvet) kursus mekanikal dan pembuatan di Kolej Vokasional. Penemuan kajian ini menyediakan bukti yang berguna tentang potensi penggunaan dan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Kolej Vokasional.